KESUPEN Shah Alam telah menganjurkan aktiviti santai di Cameron Highlands pada 18 - 20 Mac yang lalu. Tujuan aktiviti ini adalah lebih kepada merapatkan silaturrahim selain dari merehatkan diri dari kesibukan kerja. Aktiviti kali ini disertai oleh lebih kurang 30 orang. Ia turut disertai oelh Pengarah Penilaian Negeri dan keluarga. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mendaki Gunung Berinchang, lawatan sekitar Cameron Highlands, BBQ, melawat ladang teh selain daripada aktiviti membeli belah. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.
keep it up guys...all the best
BalasPadam