Khamis, Mac 04, 2010

MAJLIS PERPISAHAN

Pada hari ini, 4 Mac 2010 satu Majlis Perpisahan telah diadakan. Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada warga JPPH Shah Alam yang akan berpindah samada ke jabatan lain atau pejabat cawangan lain. Antara yang diraikan adalah:


1. En. Fariq Anwar Abd. Rahman - bertukar ke pejabat cawangan Klang
2. Pn. Puresilla Uban Anak Manggat - bertukar ke Politeknik Kota Kinabalu
3. Cik Elizabeth Ceylon - bertukar ke pejabat cawangan Klang


Acara dimulakan dengan ucapan Pengarah Penilaian Negeri merangkap Pengerusi KESUPEN Shah Alam. Ia diikuti dengan ucapan daripada pegawai-pegawai yang akan bertukar. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan jamuan. KESUPEN Shah Alam mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pegawai yang akan bertukar, semoga dapat menjalankan tugas dengan baik di tempat baru nanti.
Antara yang hadir.

Ucapan PPN merangkap Pengerusi KESUPEN Shah Alam

Penilai Daerah Shah Alam dan tetamu yang hadir.


Apa yang lucu dengan ucapan En. Fariq tu?


Ucapan daripada Pn. Puresilla.

Penyampaian cenderahati kepada Pn. Puresilla.


Penyampaian cenderahati kepada En. Fariq.


Jamuan makan yang diraikan bersama PPN.


2 ulasan:

  1. selamat maju jaya kpd yg diraikan

    BalasPadam
  2. sedihnya tinggalkan JPPH but life must go on...

    BalasPadam