Selasa, Mac 23, 2010

PROGRAM SANTAI DI CAMERON HIGHLANDS

KESUPEN Shah Alam telah menganjurkan aktiviti santai di Cameron Highlands pada 18 - 20 Mac yang lalu. Tujuan aktiviti ini adalah lebih kepada merapatkan silaturrahim selain dari merehatkan diri dari kesibukan kerja. Aktiviti kali ini disertai oleh lebih kurang 30 orang. Ia turut disertai oelh Pengarah Penilaian Negeri dan keluarga. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mendaki Gunung Berinchang, lawatan sekitar Cameron Highlands, BBQ, melawat ladang teh selain daripada aktiviti membeli belah. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.












Khamis, Mac 04, 2010

MAJLIS PERPISAHAN

Pada hari ini, 4 Mac 2010 satu Majlis Perpisahan telah diadakan. Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada warga JPPH Shah Alam yang akan berpindah samada ke jabatan lain atau pejabat cawangan lain. Antara yang diraikan adalah:


1. En. Fariq Anwar Abd. Rahman - bertukar ke pejabat cawangan Klang
2. Pn. Puresilla Uban Anak Manggat - bertukar ke Politeknik Kota Kinabalu
3. Cik Elizabeth Ceylon - bertukar ke pejabat cawangan Klang


Acara dimulakan dengan ucapan Pengarah Penilaian Negeri merangkap Pengerusi KESUPEN Shah Alam. Ia diikuti dengan ucapan daripada pegawai-pegawai yang akan bertukar. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan jamuan. KESUPEN Shah Alam mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pegawai yang akan bertukar, semoga dapat menjalankan tugas dengan baik di tempat baru nanti.
Antara yang hadir.

Ucapan PPN merangkap Pengerusi KESUPEN Shah Alam

Penilai Daerah Shah Alam dan tetamu yang hadir.


Apa yang lucu dengan ucapan En. Fariq tu?


Ucapan daripada Pn. Puresilla.

Penyampaian cenderahati kepada Pn. Puresilla.


Penyampaian cenderahati kepada En. Fariq.


Jamuan makan yang diraikan bersama PPN.


Selasa, Mac 02, 2010

SELAMAT HARI JADI


KESUPEN Shah Alam mengucapkan Selamat Hari Jadi bagi semua ahlinya yang meraikan hari lahirnya pada bulan MAC ini. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Isnin, Mac 01, 2010

AKTIVITI BADMINTON

Aktiviti badminton pada sepanjang bulan ini akan diadakan di Dewan MBSA, Seksyen 7 (berhampiran Kompleks Belia) pada jam 9.00mlm - 11.00mlm, setiap hari Khamis. Sesiapa yang berminat, sila hubungi En. Musa Mohamed.