Pada 2 Ogos yang lalu, satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan pegawai-pegawai yang telah dan akan berpindah. Pegawai-pegawai yang diraikan adalah:
1. En. Noorhafez Nordin - akan berpindah ke COB MPSJ pada 1 September 2010.2. En. Muhammad Zaid Hussain - akan berpindah ke Unit Pembangunan, JPPH Ibu Pejabat.
3. Pn. Zabedah Mad Awal - telah berpindah ke Jabatan Penerangan Selangor.
Isnin, Ogos 09, 2010
MAJLIS PERPISAHAN
Khamis, Julai 01, 2010
Isnin, Jun 28, 2010
PERTANDINGAN BOWLING TERBUKA JPPH NEGERI SELANGOR
Pada 25 Jun 2010 yang lalu, KESUPEN Shah Alam telah bergandingan dengan PUSPANITA JPPH Selangor untuk menganjurkan Pertandingan Bowling Terbuka JPPH Negeri Selangor. Pertandingan ini diadakan di Megalanes, Plaza Alam Sentral. Pertandingan ini disertai oleh kakitangan JPPH Negeri Selangor yang melibatkan keempat-empat cawangannya.
Peserta-peserta pertandingan
Isnin, April 19, 2010
SANTAI @ SG. PERTAK, KUALA KUBU BHARU
Pada 17 April yang lalu, satu program Santai di Sg. Pertak, Kuala Kubu Bharu telah dianjurkan oleh S/U Sosial KESUPEN Shah Alam. Program ini merupakan satu bentuk riadah dan santai bagi merehatkan minda setelah penat bekerja di pejabat. Acara ini disertai oleh hampir 30 orang. Antara acara yang dijalankan adalah mandi-manda, berkelah, BBQ dan santai di Empangan Sg. Selangor. Semoga acara-acara seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Kak Aya dan keluarga.
Siti Huzanna dan keluarga.
Acara mandi-manda bermula.
En. Haniff menyediakan BBQ.
Pemandangan indah di Sg. Pertak
En. Haniff tunjuk skill terjun.
En. Fariq mencecah air.
Rama-rama yang mencantikkan lagi pemandangan.
Bergambar kenangan di Empangan Sg. Selangor
Khamis, April 08, 2010
XPDC Gunung Nuang 2010
Khamis, April 01, 2010
SELAMAT HARI JADI
KESUPEN Shah Alam mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada semua yang menyambutnya dalam bulan APRIL ini.
Selasa, Mac 23, 2010
PROGRAM SANTAI DI CAMERON HIGHLANDS
KESUPEN Shah Alam telah menganjurkan aktiviti santai di Cameron Highlands pada 18 - 20 Mac yang lalu. Tujuan aktiviti ini adalah lebih kepada merapatkan silaturrahim selain dari merehatkan diri dari kesibukan kerja. Aktiviti kali ini disertai oleh lebih kurang 30 orang. Ia turut disertai oelh Pengarah Penilaian Negeri dan keluarga. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mendaki Gunung Berinchang, lawatan sekitar Cameron Highlands, BBQ, melawat ladang teh selain daripada aktiviti membeli belah. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Khamis, Mac 04, 2010
MAJLIS PERPISAHAN
Pada hari ini, 4 Mac 2010 satu Majlis Perpisahan telah diadakan. Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada warga JPPH Shah Alam yang akan berpindah samada ke jabatan lain atau pejabat cawangan lain. Antara yang diraikan adalah:
1. En. Fariq Anwar Abd. Rahman - bertukar ke pejabat cawangan Klang
2. Pn. Puresilla Uban Anak Manggat - bertukar ke Politeknik Kota Kinabalu
3. Cik Elizabeth Ceylon - bertukar ke pejabat cawangan Klang
Acara dimulakan dengan ucapan Pengarah Penilaian Negeri merangkap Pengerusi KESUPEN Shah Alam. Ia diikuti dengan ucapan daripada pegawai-pegawai yang akan bertukar. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan jamuan. KESUPEN Shah Alam mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pegawai yang akan bertukar, semoga dapat menjalankan tugas dengan baik di tempat baru nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)