Isnin, Februari 22, 2010

PELANCARAN BLOG KESUPEN SHAH ALAM

Salam 1Malaysia,

Laman blog KESUPEN Shah Alam ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Tn. Hj. Nordin b. Daharom. Majlis pelancaran ini diadakan pada Mesyuarat Agong KESUPEN Shah Alam sessi 2010/2011. Menurut ucapannya, beliau berharap agar laman blog ini dapat dimanfaatkan oleh ahli untuk mendapatkan informasi berkaitan dengan aktiviti KESUPEN Shah Alam.

Montaj pelancaran blog KESUPEN Shah Alam


Tn. Hj. Nordin sedang menekan butang pelancaran.

MESYUARAT AGONG KESUPEN SESSI 2010/2011

Salam 1Malaysia,

Mesyuarat Agong KESUPEN telahpun berlangsung pada hari ini, 22 Februari 2010 jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat JPPH Shah Alam. Pada tahun ini, tiada pemilihan jawatankuasa diadakan. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Nordin b. Daharom, Pengarah Penilaian Negeri merangkap KESUPEN Shah Alam. Mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Beberapa agenda telah diadakan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengahari.




Sessi pendaftaran ahli yang hadir.

Ketibaan Pengerusi KESUPEN Shah Alam.

Pengerusi KESUPEN Shah Alam mengisi borang kehadiran.

Ucapan perasmian oleh Pengerusi KESUPEN Shah Alam.

Mesyuarat Agong KESUPEN Shah Alam bermula.


Pembentangan laporan oleh Setiausaha KESUPEN Shah Alam.

Pembentangan laporan aktiviti oleh ahli jawatankuasa.



Antara ahli yang hadir.

Sabtu, Februari 20, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU



Pihak KESUPEN Shah Alam ingin mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Nor Ida Daliah yang telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Mohd. Hanif pada 15 Februari 2010 yang lalu. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Jumaat, Februari 12, 2010

PELANTIKAN JURUAUDIT

Salam,


Pn. Rokiah Sulaiman

KESUPEN Shah Alam mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan pelantikan Pn. Rokiah bt. Sulaiman sebagai Juruaudit yang baru. Pelantikan beliau dibuat hasil keputusan sebulat suara jawatankuasa KESUPEN Shah Alam pada 11/02/2010. Pelantikan ini adalah bagi menggantikan juruaudit sebelumnya, En. Wan Azahari Abdullah yang telah berpindah ke jabatan lain. Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada beliau.

BORANG USUL MESYUARAT AGONG KESUPEN SHAH ALAM SESSI 2009/2010

Sila isi Borang Usul di bawah dan hantar sebelum 18/02/2010. Terima kasih.







NAMA PENUH:



NO. KAD PENGENALAN:



ISU:



CADANGAN:



TARIKH:






Put a website form like this on your site.

Khamis, Februari 11, 2010

MESYUARAT AGONG KESUPEN SHAH ALAM SESSI 2009/2010




Salam,
Mesyuarat Agong KESUPEN Shah Alam akan diadakan seperti ketetapan berikut:



TARIKH:
22 Februari 2010 (Isnin)


MASA:
10.00 pagi

TEMPAT:
Bilik Mesyuarat Tingkat 4, JPPH Shah Alam.


Kehadiran semua ahli KESUPEN Shah Alam adalah diwajibkan. Sebarang usul boleh diisi secara online di sini atau secara bertulis kepada Setiausaha KESUPEN Shah Alam sebelum 18/2/2010.

Selasa, Februari 09, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Salam 1Malaysia,

KESUPEN Shah Alam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya. Semoga tahun "Harimau" ini akan memberikan kegembiraan kepada anda semua.

AKTIVITI BADMINTON


Salam untuk semua,


Aktiviti badminton akan dijalankan pada setiap hari Selasa bermula jam 7.00pm hingga 9.00 pm sepanjang bulan Februari ini. Semua ahli KESUPEN Shah Alam yang berminat dipersilakan hadir ke Dewan Serbaguna, Seksyen 7 Shah Alam (bersebelahan Food Court Sri Mutiara). Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En. Musa Mohamad.

Terima Kasih.

Isnin, Februari 01, 2010

SELAMAT HARI JADI


KESUPEN Shah Alam mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada semua ahli KESUPEN Shah Alam yang dilahirkan dalam bulan Februari. Semoga dimurahkan rezeki.