Salam 1Malaysia,
Pada 15 Januari 2010 yang lalu, satu Majlis Perpisahan telah diadakan. Majlis ini dianjurkan oleh KESUPEN Shah Alam bagi meraikan saudara Wan Azahari Wan Abdullah yang akan bertukar ke Jabatan Kerja Raya. Beliau merupakan Pembantu Penilaian (W17) di Napic Shah Alam. Majlis serba sederhana ini diadakan bagi menghargai sumbangan beliau sepanjang perkhidmatannya kepada jabatan ini.
Dalam ucapannya, beliau sempat berkongsi hikmah memberi salam. Beliau telah menceritakan bagaimana salam telah menyelamatkan beliau daripada dipatuk oleh ular berbisa. Semoga kisah beliau dapat dijadikan iktibar kepada kita semua. Beliau juga turut menghadiahkan CD bacaan AlQuran kepada semua kakitangan.
KESUPEN Shah Alam mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dengan kerjayanya yang baru. Terima kasih diucapkan di atas sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan kepada jabatan ini.